9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu

500
0
SHARE

Anda sukakan peha ayam yang gebu dan besar-besar? Pelik bukan bagaimana seekor ayam boleh capai tahap matang untuk disembelih dengan begitu pantas. Malah isinya tebal-tebal dan peha ayam tersebut hampir sama besar dengan lengan anda pula.

Hari ini kami ingin kongsikan betapa pentingnya anda perlu menyeimbangkan pengambilan makanan dan tidak tertumpu pada satu jenis makanan sahaja.

BACA: 6 Jenis Makanan Harian Tiruan Di China

1. Ayam yang anda makan, kemungkinan ada yang telah disuntik dengan protein lembu atau babi. Perkara ini telah dilakukan kajian selama 6 bulan di Belanda.
9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu - VITDAILY20150510_3598

Lebih membimbangkan lagi, terdapat juga laporan di mana ayam yang disuntik dengan protein lembu dan babi telah dilabelkan sebagai halal dijual di UK dan beberapa negara Eropah lain.

2. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.
9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu - VITDAILY20150510_3595

Antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita (oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman).
9-Bahaya-Ayam-Suntik-Yang-Anda-Makan-Setiap-Hari-Itu---VITDAILY_mb

3. Kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser (oleh Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh).
9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu - VITDAILY20150510_3592

4. Ayam daging juga mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein selain meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan.
9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu - VITDAILY20150510_3591


5. Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (salt water) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun ada sahaja yang disuntik melebihi separuh berat ayam menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu - VITDAILY20150510_3590

TETAPI

6. Pemberian enzim babi atau suntikan lain tidak digunakan di Malaysia kerana kosnya yang mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutamanya dari Amerika Syarikat (oleh Prof Dr Zulkifli Idrus, pakar ternakan ayam yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia)
9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu - VITDAILY20150510_3593

7. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi, selain ianya sihat untuk dimakan kerana pemantauan sering dilakukan oleh jabatan beliau.

8. Namun beliau mengakui ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat yang ditetapkan.

9. Di Malaysia, penggunaan enzim babi untuk mempercepat penternakan ayam tidak digunakan kerana dengan pengeluaran ayam yang begitu besar (1.2-1.3 juta ekor sehari), penternak tidak mempunyai masa untuk menggunakan enzim tersebut ( oleh Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLAM), Dr Abdul Rahman Md Salleh).
9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu - VITDAILY20150510_3596

Kami tahu ada yang akan kata – aku makan ayam dari dulu sampai sekarang sihat je – tapi tahukah kita apa yang akan terjadi pada masa hadapan atau mungkin generasi seterusnya.
9 Bahaya Ayam Suntik Yang Anda Makan Setiap Hari Itu - VITDAILY20150510_3597

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai resepi, review tempat makan sedap dan artikel sebegini, boleh ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Olahan Sumber: kfein

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY